Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Wednesday, November 6, 2013
:: PeSaN MaK ::
apa pesan mak tek?
assalammualaikum and Good Morning. Rabu dah eh. Alhamdulillah... esok dah khamis.. and lusa dah jumaat. wah. cepat nya masa berlalu....nang cepat. minggu depan dah tgh bulan 11 wey...
bah. apa dah terjadi tek sampey mak aku berpesan...
ari isnin ya tek aku macam biasa ke rumah mak ku menjemput mem kecik, cik chee. and sempat la berloyar dengan mak ku kejap. masa ya cun ada accident kat simpang rumah ke kampung la. mak ku madah 2 orang ninggal. erk. mungkin sebab jalan licin.
lalu la mak aku berbunyi cam tok...
"Jangan laju gilak ko drive. Slow bah. Biar lambat, asalkan ko selamat sampey. Ingat ya.... Sayang la dengan dirik and anak..."
hrmm... hiba seketika aku bila dengar mak aku cakap cam ya.. aku tok nang boleh tahan la juak laju drive. boleh tahan la.. even arwah pernah marah sebab aku drive mcm pelesit mun kat jalan yang lenggang... appu... dah sik ada keta.. apa la nak dislow.. ya pikir aku dolok kay...
so, since hari ya.. asal aku drive nak laju jak skit nak.. lalu la aku terbayang muka mak aku. adeh ah...
automatik aku slow... hrmmmmm
aku tok selalunya ngantok pagi bah. yah.. bahaya juak kan...
yala pesan mak aku ...
jadi aku nak sampey kan pesan yang sama dengan kitak orang semua la...
jadi... ya ajak.
bah.
nak pulang...
annyeong...
:: Category ::
Awareness,
Sharing is Caring
Saturday, October 19, 2013
:: Minat Sama ::
Annyeong
Yes. Apa benda Minat Sama ya kah?
since aku start bertweet tok.. nang best juak mun nemu kawan yang sama minat nya...
sama apa yang disuka and will share pasal benda yang disuka ya..
apa tek?
ehek..... tq to adek @ezashark eh...
nya ya la teman berkakar pasal drama terbaru bah...
kamek dua minat jejaka yang bernama Min Ho.
Nya minat Choi Min Ho and aku minat Lee Min Ho.

These 2 Minho nang dapat merapatkan hubungan la.. yer,,
Dengan Momoe dolok gila dengan Nickhun, aikh... best juak. :D
banyak juak kawan-kawan dalam dunia tweet tok.
mun ada masa terluang.. memang bertweet jak la. tapi jika cik chee dah tido or she dont even bother to kacau mama nya .. that is the time for me to tweeting... huhuhu...
bah. ya ajak la. suka jak mauk share bah.
Friday, September 6, 2013
:: Hujung Minggu ::
anyeong
apa polah ktk orang ujung minggu tok? Aku dah ada macam-macam jak plan.yahhh.. siap jak mun aku dah ngeluar plan aku... cik chee nang akan ngekot seney pg mama nya la nak. yaku madah ko... alhamdulillah eh anak dara ya dah pandey nak ngator kedirik.. dah dapat diarah.
Mun dsuruh kemas,,, kemas la nya.. tp kemaskan dirik sendiri la.. mcm dah gago carik stokin mun makey kasut, gago carik beg.. gago dengan patong DIBO nya.. adeh ah...
Mun dsuruh switch off tv or econ... yah... laju jak nya menge-off sebab nya mauk jalan nak.....
So, apa plan kamek dua beranak this weekend? aku mauk embak cik chee survey almari baju nya...
and then mauk carik warna putih. So that dapat pakey lamak eh,
and then aku nak carik broadband juak.
ya aku malas nak komen... no comment. asa retis kejap... mauk carik birthday gift cik chee juak. appu.. pening palak aku kejap mikir ya..
then kamek dua mauk pg ke Waterfront. sebab nya.. kan ada food festival, yahhh..... huhuhuhuuhuhu...
lekak ya mauk nangga la apa yang rami bah. ngenang anak juak, ehek. alasan lagi. sak mama nya yang excited,
kamek duak mauk enjoy. :D mauk nangga apa yang best di sia,
then ahad aku mauk gardening, mauk beli baja pakey tomato ku, tomatotilo aku dah berbuah cuma belum masak agik. happy lalu aku nangga nya ehs...
mesti berik baja taik ayam agik eh. reya engkah sikit jak. sak nya sehat. ehehk. minggu tok aku ngator nya,
mesti! yah....
bah. ya ajak la nak dpolah aku. aku mauk berhuha and menyiapkan semua kerja ku lok. so that aku dapat balit on time.
bye.
anyeong...
:: Category ::
Gardening,
Hobbies,
kerenah anak,
My Suci,
Sharing is Caring,
Window Shopping
Wednesday, July 24, 2013
:: RaBu DaH ::
Senyum lok...
assalammualaikum and anyeong.
Hari rabu dah eh. Sik berasa. aku happy lalu jak ari tok.
kenak aku happy.
1. ari minggu ya tek aku nanam benih sayur sawi. kotan aku jeles nangga blog kawan2 yang suka bertanam tok. dolok pernah aku nanam sayur sawi lekak ya aku stop. aku focus on kacang panjang ku masa ya. bila aku nangga semua nok ditanam aku ya menjadi..senyum sampey telinga ooo....
apa agik cik chee...gago juak mauk nangga hasil tanaman. apa tek nya gago nangga mama nya gago. adoh eh. Kamboh duhal anak dara aku ya eh. Gambar di dibah tok adalah percubaan aku yang pertama dolok. Sik ada baja ya eh. :D
2. Sampey opis jak nangga online nangga gambar baby Prince William, nangga kate cantik jak dengan baju polkadot nya. kenak agik aku tok nang suka nangga nok jenis polkadot tok. Cute ada jak, Rilek ada jak. Sik perlu nak berbaju tebal, berkain semua.. nya rilek ada jak. geney ya?
aku suka nagga baju nya. sepasang nya duak laki bini bah. so sweet. :D Tahniah William & Kate. Harap nama anak nya cute. Tahniah.....
sik berasa kan. esok dah khamis... lepas ya Jumaat....
and pasya... WEEKEND datang lagi...
kali tok aku mauk atur batas sayur aku agik.
mauk carik tanah kat kawasan rumah aku ya.
and aku mauk sudahkan project aku yang belum siap itu. mesti siap minggu tok.
aku mauk hantar dengan kawan ku ya.
banyak nya plan..
oh ya. Marek BFF aku bbm madah nya mauk berbuka dengan aku,
erk. aku tok dah sik ada berbuka puasa di luar.
semua di rumah mak aku. sebab aku kenak fikirkan pasal cik chee bah.
sekali nya madah... nya mauk berbuka di rumah aku.
wah.. mun camya... aku masak la.. tapi aku madah dengan nya.. aku masak simple jak
mostly vegetable and nya say okay.
nampak gaya nya esok ari aku kenak singgah ke KCM (Kuching City Mall) beli bahan.
menu yg dipersetujui adalah.
Soohoon Goreng, Nasi, Kacang Buncis with garlic, Cendawan goreng, Sup Tauhu.
yah.
udah mikir apa menu ooo... sak ari jemat,
aku tok nang camtok.
binggung bah. mauk prepare awal2.
bah. udah agik aku tok ngerepak. kerja banyak nunggu.
kelak sambung agik.
salam.
Mama Cik Chee @ Cik Kembhojha
:: Category ::
Berkenang,
Gardening,
Kenyataan,
kerenah anak,
Luahan perasaan,
My Suci,
ngerepak,
Rupa2nya,
Sharing is Caring
Thursday, July 18, 2013
:: Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi ::
assalammualaikum & Anyeong
aku ari tok, awal pagi pergi la ke website tok, amekaw.com. Suka baca artikel dalam ya. and aku ada baca artikel Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi.
So, aku mauk share la. sharing is caring.
http://amekaw.com/2013/07/kisah-warak-salahuddin-al-ayubbi-yang-ramai-tak-tahu/
Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..
aku ari tok, awal pagi pergi la ke website tok, amekaw.com. Suka baca artikel dalam ya. and aku ada baca artikel Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi.
So, aku mauk share la. sharing is caring.
http://amekaw.com/2013/07/kisah-warak-salahuddin-al-ayubbi-yang-ramai-tak-tahu/
Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..
Kita? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?Siapa dia Muhammad Al-Fateh?Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..
Bila??
Suatu Masa Dulu…..
“”””Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”””
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-Ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah, telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam
Dalam tidak sedar, aku rasa ada air mengalir dipipi..
Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?
Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?
mana tahap kita?
astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…
Subscribe to:
Posts (Atom)









