Showing posts with label Ulasan buku. Show all posts
Showing posts with label Ulasan buku. Show all posts

Monday, April 25, 2011

:: CuTi GooD Friday ::

salam.

apa polah ktk org? aku cuti 3 hari ya nang ada penyakit M nak menang lappy. kelak mun dah megang lappy.. ndak alah2 aku tok update blog. dah kenak time aku malasseng.... ha! ambik! nang sik diupdate terus eh!

ok. apa polah aku 3 hari ya teK! aku nang menghabiskan masa dengan anak aku and BUKU-BUKU ku... malam hari sabtu ya aku tido pkol 4 pagi kay.... aku leka baca buku dari penulis tok... Siti Rosmizah. aku tok ada habit.. mun aku baca novel.. mun aku dah berkenan dengan cara penulisan sorang ya.. semua buku2 nya aku nak baca, Coz aku mauk tauk style nya.. bila dah abis baca.. aku akan puas hati. hehehehehe..... tok antara buku yang aku baca cuti tek... mala tido akher... kak ya.. suci tido petang.. aku sama tido juak.. membayar balit... hehhehehe


CINTA KAU DAN AKU....

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.

ANDAI ITU TAKDIRNYA....

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

apa yang aku dapat madah.,,, sepanjang aku baca novel duak egek tok... keadaan aku... macam tok....

Kejap aku tetak cam apa jak... pas ya nak.. aku akan diam n merut jak muka aku.. pas ya.. tetak lagik..pas ya aku akn RUN-RUN nangis eh.. sampey sik pat dipujuk eh.. makin ceta andai takdirnya ya.. aku nang nangis sampey aku nak mujuk dirik aku sendiri ya.. aku baca dialog si hero ya.. wahhh! menjiwai... aku mejin Remy Ishak weyyy hero aku dalam Andai Itu Takdirnya.. mun segek gik ya.. semestinya Fahrin Ahmad aku! hahahahaha.....

bah2 .. aku lapar.. makan lok.

salamm...

Wednesday, March 30, 2011

:: uLaT BuKu ~~ Pergilah Aik Mata ::


salam semua

aku tok ngantok. Jadi.. jalan penyelesaian nya.. aku berblog la.
aku nak story.. marek aku g Popular Bookstore.
ingat tek mauk neman kawan aku beli barang2 sekolah pakey anak nya..
sekali.. aku tercuit 3 egek barang tok.
huh!
nang apa la.. nang sik pat dipujuk2 lagik..
yala kelemahan aku..
BOOKSTORE!
masa tok aku tgh baca novel "Pergilah Air Mata".
huaaa... baruk chapter 10, aku dah nangis run2...
sebab ya la aku sik kuar lunch hour tek... melayan perasaan...
kelak mun aku dah habis, baruk aku molah review eh.. ceh2.. asa cam reporter jak. hehehe...

hrmmm........
kan aku pernah madah.. kadang2 aku asa kehidupan aku kehilangan arwah dari sisi aku.. aku asa macam dalam drama Tv ada juak.. drama dalam kesah buku2 ceta.. ada juak...

i miss him eh... al-Fatihah

Tuesday, February 1, 2011

:: Nyelepats - Maca Buku ::



Emarek aku nang melepas gian la dengan macam buku. Dah la kes laki ku cam ya nak. Sempat juak aku nak nyelepat maca novel ko. aduh2.. apa nak jadi. Dah naka kaki buku nak.. (ya awal ku ngakuk eh!)

malam sebelum emarek, aku ngemas Guest Room ku. Lalu ku nangga ada kotak dibah katil. Aku asa tok mesti kerja bapak ku tok. mun nya nemu barang di umah sidak, ada la nya angkut segek2 ke umah aku,. iskh... sabar jak la. Bila ku bukak... banyak komik2 aku and ada few novels. and one of them is Secantik Anugerah.

Bila ku ingat2 nak, aku beli novel tok bulan 10 tahun lepas. iskh2.. and aku beli di KL. belum dibaca gik ya. Malam tadik aku mula maca. Anak ku suruh ku tido awal coz mak ku madah nya tido sekali jak. Cun2 kol 8 member dah garu mata, lalu disuruh tido. mauk juak. Laki ku pun tido awal. Jadi.. mama nya.. maca buku di dapur. hahaha

habis cun2 kol 1.00 pagi! pergh! puas hati aku. nang best ceta tok. nang best!

aku menjangkakan something will happend to Firdaus and i tot that Aisya will be back to Azri and semua nya salah! isk2. aku suka!

mun kitak orang suka maca.. sela la beli buku tok. nang best!

Tuesday, December 28, 2010

:: Rose Harissa - Kamek Suka Novel Kitak ::

... dan Cinta pun tersenyum...

aku ada hobi suka membaca. nang dari zaman tauk reti baca aku tok nang selalu la ke library.. arum bulak sidak kat library dbku masa dolok la nang kenal la dengan muka aku tok.

so, sampey la ke tua tok aku suka baca buku cuma kinek tok masa amatla terhad sebab dah ada family tapi mun dah ketagihan n kegianan... ku redahi juak.

pasal novel .. dan Cinta pun tersenyum.. tok.. shooobbiiihhh.... boleh sik aku madah aku nang jatuh cinta yang ke lapan puluh lapan kali la setiap kali hero nya molah something.

pengarang ceta yang aku minat ialah kak Rose Harissa @ Nora Ismail. yah... nang semua buku2 nya best2. aku nang muji. Nya nang pandey moleh pembaca nya jatuh cinta n berimaginasi yang ngetop la.

pasal ceta tok, nya combination antara jejaka dari Indonesia and hero nya dari Malaysia. Cam ney sidak duak ya bertemu, n jatuh cinta and dugaan nya... aku nang muji la kak rose eh. Pandey nya main peranan bah. iskh2... tapi aku pandey tersuka dengan abang heroin nya... aku mejin pelakon zulhelmi indah jadi abang nya... addduuuhhh... cair eh.

aku beli buku tok masa aku ke KL ari senin n selasa ya tek sebab aku tauk kuching belum ada. sampey jak kedey buku, nang terus encarik la ceta tok. sebab aku tok follow semua info pasal new novel kak rose tok dari blog nya. lukisan nya nang kacak. mun rajin, pergi sitok...

Heronya la tok. Handsome babe. dalam baca buku kak rose tok aku nang berfantasi la. iskh2.... laki ku nang geleng palak jak la.. ney nya nak molah.. dah aku suka... asal hero nya sik depan aku ajak kali. hahaha... tapi aku dah pasang niat.. mun anak aku laki nak.. nama nya akan ada nama Ervan ya. huihs... nang kacak nama ya.

aku nang rekemen la kitak orang membaca ceta tok.
aku suka tapi aku sik tauk la orang lain nak. tapi yang aku tauk,
aku suka la! :D