Monday, April 25, 2011

:: CuTi GooD Friday ::

salam.

apa polah ktk org? aku cuti 3 hari ya nang ada penyakit M nak menang lappy. kelak mun dah megang lappy.. ndak alah2 aku tok update blog. dah kenak time aku malasseng.... ha! ambik! nang sik diupdate terus eh!

ok. apa polah aku 3 hari ya teK! aku nang menghabiskan masa dengan anak aku and BUKU-BUKU ku... malam hari sabtu ya aku tido pkol 4 pagi kay.... aku leka baca buku dari penulis tok... Siti Rosmizah. aku tok ada habit.. mun aku baca novel.. mun aku dah berkenan dengan cara penulisan sorang ya.. semua buku2 nya aku nak baca, Coz aku mauk tauk style nya.. bila dah abis baca.. aku akan puas hati. hehehehehe..... tok antara buku yang aku baca cuti tek... mala tido akher... kak ya.. suci tido petang.. aku sama tido juak.. membayar balit... hehhehehe


CINTA KAU DAN AKU....

Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!. Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.

ANDAI ITU TAKDIRNYA....

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

apa yang aku dapat madah.,,, sepanjang aku baca novel duak egek tok... keadaan aku... macam tok....

Kejap aku tetak cam apa jak... pas ya nak.. aku akan diam n merut jak muka aku.. pas ya.. tetak lagik..pas ya aku akn RUN-RUN nangis eh.. sampey sik pat dipujuk eh.. makin ceta andai takdirnya ya.. aku nang nangis sampey aku nak mujuk dirik aku sendiri ya.. aku baca dialog si hero ya.. wahhh! menjiwai... aku mejin Remy Ishak weyyy hero aku dalam Andai Itu Takdirnya.. mun segek gik ya.. semestinya Fahrin Ahmad aku! hahahahaha.....

bah2 .. aku lapar.. makan lok.

salamm...

Wednesday, April 20, 2011

:: Bz The Bee ::


aku baruk lepas abis meeting
huh!
bencik ku.....

dah la... nak pulai.
anak nunggu!

salam....




Tuesday, April 19, 2011

:: Maaaaaaaaa......... ::

Gambar hanya hiasan ok....

Salam.
aku dah COOL down k.

aku nak ceta kesah antara aku dengan miss aikh aku ya... sapa lagik.. anak aku la..
lamak dah asa aku sik ceta hal anak aku tok..
aku nak story lok..

Once upon a time... mukadimah mauk baik punya! hahahahaha

pagi ya,,, awal bapa ku pesan.. ko anta suci ke umah... bapak ada plan. sik pat nunggu si puteri aikh ya bangun tido.. aku pun heran dengan anak aku tok ko.. mun time ujung minggu.. awal nya bangun.. mun time aku kerja.. ya ampunnnnnn....
macam sengaja jak mauk bangun akhir....
tapi aku sebagai ibu yang memahami..
sik apa nak.. go ahead jak..
yoooooodddeeeehhh....
gila nak.. sik ku gila macam ya!

so....
lepas aku kemas semua... engkah nya dalan keta semua nak.. kuarkan keta...
then locked gate and then masuk la semula dalam keta terus locked pintu...
baruk ku nak jalan.... tiba2 nya nerais....

"mmmmmmmmmmmmaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

sapa sik terkejut!

tuleh ku nya.. kenak ktk tok chi.. beliang ati mama.....

kitak orang tauk apa dipolah nya...
nya coba narit safety belt nya.. sik dapat.. aku tek terus jalan..
yah! aku terlupakssss...
anak aku tok skemasssssss......
dah ditrained well oleh tok nek nya yang bekas polisi itu...

huh!

apa yang patut aku polah bila nya dah nak coba narit safety belt ya nak...
aku pun tarit la sekali...
aku pun pakey la sekali...
ya la kita tok ko sebagai mak bapak... contoh terbaik untuk anak2 kita ko...
hrmmm....

ya ajak!
miss aikh aku ya dah jadi miss trafic aku dah... iskh2.

bah...

ya ajak... :D

:: DoNuT ::

okkay....

tok sesi meluahkan perasaan. Ada la sekok exec kmk org tok. benci ku eh. yah! mun aku dah madah aku bencik! bencik la ku ya...

nya ya lelaki k... sah2 lelaki sebab aku nangga dalam form nya n syrat beranak nya.. LELAKI tetapi mempunyai ciri feminin yang aku kadang2 sik pat terimak kecerewetan nya! and .... berkawan lagik dengan reporter opis kamek orang.. tauk ajak la nak.. reporters... PORETERS bah.. lagik la menjadi nak....

aku nang pantang la nemu lelaki yang sik dapat polah keputusan and always lari dari membuat keputusan and sik dapat nak memberi apa2 kata putus! Hello!

kau ya lelaki.. mun kelak satu hari ko nak berbini.. sik kan ko mauk bini kau polah keputusan! aku paling BENCIK eh mun nangga lelaki nak mengedik depan bos aku coz bos aku tok LELAKI!

hish!

GELI aku weyyyyyyyy!!!!!!

ha! manas benar la aku tok... bila aku kakar dengan nya marek bagus2 dalam telefon.. laju madah bos aku carik nya.. sekali tek.. nya yang hegeh2 ngagak bos aku! ada kah! nang hidup mintak simpati jak! yah! abaikan ayat aku yang kasar ari tok!

aku nang manas benar dengan DONUT tok!

ada sesetengah DONUT maseh mempunyai harga diri or in other words is PRINSIP hidup eh! bukan macam lalang!

huh!

dah la.. aku manas tok!

aku akan selalu ingat pesan seseorang...

JANGAN SEKAT REZEKI ORANG!

i'm tryinggggggggggg.................... dear...

Monday, April 18, 2011

:: I love my life even thou ..... ::

mesti ada yang heran kenak tajuk aku ya BEST gilak.
aku nak madah..

i love my life
even thou....
kinek tok maha dewa tahap gaban la cabaran yang aku kenak tempuhi!

i love my life
even thou...
mengarey la orang nak mengata aku!

i love my life
even thou...
aku sakitkah... aku suka kah... my family always be with me!

i love my life
even thou....
aku sik kenal sapa bloggers aku... tapi aku tauk sidak ada dengan aku!

hrmmm.. ya ajak!
aku baruk tauk sesuatu hari tok....
and surprisingly,
aku sik kecewa lagi...
aku sik nangis lagi...
aku sik emo lagik...

aku COOL jak......

yah! aku suka!

:: Sambungan ...4K aku ::

salam pagi senin...

Awal aku sampey ofis ari tok.. sebelum pkol 8.30 pagi la...
sampey office aku dah dihidangkan dengan makanan oleh staff aku...
pergh! nasi goreng... cun juak perut tgh keroncong lagu soley2.. hahahaha...
aku tido awal malam tadik.. nido suci.. aku sekali tertido... cam sik besa..
adik aku tido dengan kamek duak malam tadik..
embak mata sik pat dibukak lagik.. aku sms adik aku yang tgh nangga MENTOR di luar masa ya.. pesan sebelum tido polah susu suci.. sik lamak kak ya aku dgr adik ku ngeraung... kenjarrrr... hahahahaha...
ya cara aku nak bermanja dengan adik bongsu aku k...

so... aku nak ceta hal hadiah pemenang aku.. hehehe..
masa aku g KL reya.. nang berpusing jak mata aku encarik hadiah.. and mkir hadiah... mcm2 la dalam palak aku masa ya...

dari masa ke semasa mok jumpa pemenang aku tok.. aku tauk nya kejerons nak tauk hadiah nya... aku sik duli.. tgh hari tok mesti jumpa! hahahaha..... dengar ya fida... mesti jumpa!

so... ya la hadiah aku... macam biasa la.... mesti trademark nama blog aku nak..... segek ya adalah beg holder ka... aku suka eh... senang nak nyangkut beg kat meja makan... klip rambut n anting-anting ...

bah.. aku tok post dolok.. confirm dengan si pemenang 4k tok pun belum...

keja lok.

Friday, April 15, 2011

:: Boyz II Men - End Of The Road ::

yah.. sekali aku mauk.. 2 egek entry dah hari tok...
apa kessss???

aku mauk kitak org dengar lagu tok.. kenak aku asa mauk g karaoke ooo.... hhhrrrrmmmm



end of the road.... damn! i miss him.... al-Fatihah....